Wednesday, March 19, 2008

Salam*

Allah mewajibkan semua makhluk supaya sentiasa berselawat dan memberi salam ke atas Nabi Muhammad menerusi firman-Nya yang bermaksud: Hai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan janganlah kamu merosakkan (pahala) amalanmu.(Surah Muhammad, ayat 33).

Nabi Muhammad bukan sekadar petunjuk atau guru tetapi adalah kurnia Allah sebagai aufun wa Rahimun kepada alam semesta ini. Allah menyebut mengenainya dalam firman yang bermaksud: Sesungguhnya sudah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaum kamu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin. (Surah At-Taubah, ayat 128).
Oleh itu sama-samalah kita BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W!.

** SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL (12 RABIUAWAL 1429 BERSAMAAN 20 MARCH 2008) **

No comments: