Sunday, April 13, 2008

Salam,

Mulai tika dan saat ini,(iskk cam tajuk lagu Medicine lak), saya akan switch all info about mybeading kat blog baru saya...
http://b2bead.blogspot.com/
Bukannya apa, suami saya kata, orang susah nak taip http://blingblingbeady.blogspot.com/ - panjang sangat. So dia yang cadangkan saya guna nama http://b2bead.blogspot.com/
Ok tak?
Sometimes, walaupun kita rasa suami tak kisah tentang kerja kita, tapi rupanya dia ambik tahu jugak... Alhamdullillah. Thanks Kanda!!!

Till then, keep on bliNg Bling!

Monday, April 7, 2008

Salam.





Hai,
Dalam kekalutan menjalani kehidupan seharian, saya bagaikan terkejar-kejar sendiri. Kuliah yang sudah bermula (ada subject yang masih tak dapat difahami w/pun sudah 3 minggu kuliah berjalan, masak lemak saya kali ni..), masih terkial-kial mengatur waktu (salah sendiri..), membuatkan saya menghentikan aktiviti beading buat sementara waktu. Ada masanya saya takut hendak menjeling ke sudut jahitan saya. Rindu tapi apakan daya...

Walau apa-apa, masih ada insan yang sudi untuk berkongsi idea bersama beaders yang lain. Saya masukkan di sini kerja tangan Kak Ti sebagai pengganti kerja tangan saya yang entah bila mahu dimulakan kembali.. Apa-apapun Enjoy K!!

Till then keep on bliNg Bling!!

Sunday, March 30, 2008

Salam..

hi, kita bertemu lagi.. Saya paparkan beberapa hasil rekaan saya. moga ianya dapat memberikan anda sedikit idea...
keep on bliNg Bling !! k!!

Friday, March 28, 2008

Salam...

Tiada sesiapa dapat melupa perasaan cinta pertama. Saat pertama jatuh cinta... pastiku ingati. Apapapun juga akhirnya, aku kan tetap mengingatinya dengan setia. bagaimana indah mata terpaku dengan kilauan yang menari-nari di tabir mata...
Hari datang dan pergi begitu cepat. terkadang rasa amat jerih dalam meniti perjalanan seharian.
Namun semangat perlu diperkuatkan. Rapuh hati jangan dibiarkan terus berkecai. Dengan cubaan dan dugaan bersilih ganti, hasil karya perlu terus dicurahkan agar tidak beku....
Till then keep on bliNg Bling!!

Wednesday, March 19, 2008

Salam*

Allah mewajibkan semua makhluk supaya sentiasa berselawat dan memberi salam ke atas Nabi Muhammad menerusi firman-Nya yang bermaksud: Hai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan janganlah kamu merosakkan (pahala) amalanmu.(Surah Muhammad, ayat 33).

Nabi Muhammad bukan sekadar petunjuk atau guru tetapi adalah kurnia Allah sebagai aufun wa Rahimun kepada alam semesta ini. Allah menyebut mengenainya dalam firman yang bermaksud: Sesungguhnya sudah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaum kamu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin. (Surah At-Taubah, ayat 128).
Oleh itu sama-samalah kita BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W!.

** SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL (12 RABIUAWAL 1429 BERSAMAAN 20 MARCH 2008) **

Hi there..


KL mula dilanda musim hujan. Hampir saban hari. Apa-apapun life must go on ... kan.
Alhamdullilah ada saja tempahan yang datang. Tapi, saya perlu limitkan kerana pengajian saya sudah bermula hujung minggu ini. Nampaknya masa senggang saya sudah berkurangan... :-(
Namun saya yakin beaders semua tetap teruskan perjuangan yang belum selesai... (bermadah pulak!). kat sini saya attachkan satu gambar hasil kerjatangan Zaiti (k/angkat saya).
Till then keep on bliNg Bling!!.

Tuesday, March 18, 2008

hmmm..

hai buddy!!

Hari ini, cukup 2 hari berturut-turut saya hanya tidur 2 jam sehari(tidur jam 4 bangun jam6). dek menyiapkan jahitan yang mahu disiapkan cepat sampai tak sempat nak ambik gambar (tension!) .
tapi bila melihatkan hasilnya, rasa hilang penat walaupun ... hidung dah mula berair, mata tak larat nak angkat dan vertigo dah mula menampakkan tanda-tanda.

Apa-apapun bila kita enjoy, walaupun jari berdarah tertusuk jarum, leher tegang uratnya tidak terasa langsung.
till then keep on bliNg Bling!

The question for each man to settle is not what he would do if he had means, time, influence and educational advantages; the question is what he will do with the things he has. The moment a young man ceases to dream or to bemoan his lack of opportunities and resolutely looks his conditions in the face, and resolves to change them, he lays the corner-stone of a solid and honorable success - Hamilton Wright Mabie

Monday, March 17, 2008

under constructions...



Salam...
This weekend, saya tengah menyiapkan baju yang tak berapa susah tapi takes time for me as i am still beginner. This is my projects under construction... (quality gambar x elok...) nanti dah siap, saya uploadkan. Till then... keep on bliNg Bling!!

Saturday, March 15, 2008

Salam ...



Here's some of my collections yang saya dapat paparkan kat sini.

Thanks also to Ladybeads collections (antara guru internet saya). Thanks for sharing your idea with me.
Till then semoga idea kita lebih bliNgBling lagi!

Thursday, March 13, 2008

finally ...













Hai buddy....
Finally saya dapat meletakkan contoh jahitan saya yang biasa-biasa. just to share with all of you.

Kat sini saya nak ucapakan terima
kasih pada guru guru tak langsung saya spt...
amoi, nora beads, sweet creations dan rakan rakan yang lain, kerana hasil dari kerja tangan anda semua saya dapat membuat sendiri jahitan manik ini.
Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan dikurniakan Tuhan dengan lebih banyak idea untuk kita sama sama berkongsi dengan orang lain. Terima kasih sekali lagi.

Sebenarnya, banyak lagi jahitan tapi, semua gambar missing in action... tapi saya akan cuba rescue untuk saya postkan disini untuk kita share the idea k.

Till then ... semoga jahitan kita semua lebih bliNgBling!!
http://blingblingbeady.fotopages.com/