Sunday, April 13, 2008

Salam,

Mulai tika dan saat ini,(iskk cam tajuk lagu Medicine lak), saya akan switch all info about mybeading kat blog baru saya...
http://b2bead.blogspot.com/
Bukannya apa, suami saya kata, orang susah nak taip http://blingblingbeady.blogspot.com/ - panjang sangat. So dia yang cadangkan saya guna nama http://b2bead.blogspot.com/
Ok tak?
Sometimes, walaupun kita rasa suami tak kisah tentang kerja kita, tapi rupanya dia ambik tahu jugak... Alhamdullillah. Thanks Kanda!!!

Till then, keep on bliNg Bling!

Monday, April 7, 2008

Salam.





Hai,
Dalam kekalutan menjalani kehidupan seharian, saya bagaikan terkejar-kejar sendiri. Kuliah yang sudah bermula (ada subject yang masih tak dapat difahami w/pun sudah 3 minggu kuliah berjalan, masak lemak saya kali ni..), masih terkial-kial mengatur waktu (salah sendiri..), membuatkan saya menghentikan aktiviti beading buat sementara waktu. Ada masanya saya takut hendak menjeling ke sudut jahitan saya. Rindu tapi apakan daya...

Walau apa-apa, masih ada insan yang sudi untuk berkongsi idea bersama beaders yang lain. Saya masukkan di sini kerja tangan Kak Ti sebagai pengganti kerja tangan saya yang entah bila mahu dimulakan kembali.. Apa-apapun Enjoy K!!

Till then keep on bliNg Bling!!

Sunday, March 30, 2008

Salam..

hi, kita bertemu lagi.. Saya paparkan beberapa hasil rekaan saya. moga ianya dapat memberikan anda sedikit idea...
keep on bliNg Bling !! k!!

Friday, March 28, 2008

Salam...

Tiada sesiapa dapat melupa perasaan cinta pertama. Saat pertama jatuh cinta... pastiku ingati. Apapapun juga akhirnya, aku kan tetap mengingatinya dengan setia. bagaimana indah mata terpaku dengan kilauan yang menari-nari di tabir mata...
Hari datang dan pergi begitu cepat. terkadang rasa amat jerih dalam meniti perjalanan seharian.
Namun semangat perlu diperkuatkan. Rapuh hati jangan dibiarkan terus berkecai. Dengan cubaan dan dugaan bersilih ganti, hasil karya perlu terus dicurahkan agar tidak beku....
Till then keep on bliNg Bling!!

Wednesday, March 19, 2008

Salam*

Allah mewajibkan semua makhluk supaya sentiasa berselawat dan memberi salam ke atas Nabi Muhammad menerusi firman-Nya yang bermaksud: Hai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan janganlah kamu merosakkan (pahala) amalanmu.(Surah Muhammad, ayat 33).

Nabi Muhammad bukan sekadar petunjuk atau guru tetapi adalah kurnia Allah sebagai aufun wa Rahimun kepada alam semesta ini. Allah menyebut mengenainya dalam firman yang bermaksud: Sesungguhnya sudah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaum kamu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin. (Surah At-Taubah, ayat 128).
Oleh itu sama-samalah kita BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W!.

** SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL (12 RABIUAWAL 1429 BERSAMAAN 20 MARCH 2008) **